Want to watch all our content?
Subscribe Now
Saksikan Drama Baru: Dari Mata Turun ke Hati di sooka!

Buat peminat drama, sooka membawakan "Dari Mata Turun ke Hati," sebuah drama romantik komedi yang pasti akan mencuit dan mencuri perhatian anda. Dengan tagline "Love is beyond what you see. There’s more than meets the eye," drama ini menawarkan perjalanan romantik melalui 16 episod yang penuh dengan cinta, gelak tawa, cabaran, dan pengorbanan.

Sinopsis

"Dari Mata Turun ke Hati" mengisahkan Jai Jerung, seorang pemuda yang hidupnya berputar 360 darjah apabila dia jatuh cinta dengan Iris Sofea Sofea. Iris Sofea menghidap Deprivation Amblyopia, yang menyebabkan penglihatannya terhad dan menggunakan tongkat putih untuk bergerak. Dalam satu insiden, Iris Sofea tanpa sengaja menyerang Jai Jerung apabila Jai Jerung menghalang Braille Blocks yang digunakan oleh Iris Sofea sebagai panduan untuk berjalan.

Pertemuan yang tidak dijangka ini menjadi permulaan hubungan baik antara mereka, di mana mereka saling mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Selepas mengetahui bahawa Iris Sofea boleh melihat warna dengan lebih baik, Jai Jerung mula berpakaian warna-warna cerah supaya dia mudah dikenali oleh Iris Sofea. Jai Jerung juga mendapatkan pekerjaan di kedai sewa filem, di mana dia membantu mengaturkan sistem untuk memudahkan golongan yang kurang penglihatan melanggan sewaan filem.

Sementara itu, Ayra Sofea, kakak kepada Iris Sofea, sentiasa berada di sisi adiknya untuk memberikan sokongan. Namun, ini menyebabkan Ayra menjadi terlalu melindungi Iris Sofea, sehingga sering menghalang Iris Sofea daripada melakukan banyak perkara akibat bimbang adiknya akan dilukai. Adakah cinta akan mengatasi segala halangan, atau mereka harus mengakui bahawa mereka berhak mendapat yang lebih baik?

Pelakon dan Watak

- Mierul Aiman sebagai Jai Jerung

- Arabella Ellen sebagai Iris Sofea

- Darien Aeldra sebagai Jaha

- Qistina Khaled sebagai Ayra

Di Mana Anda Boleh Strim Drama Ini?

Jangan lepaskan peluang untuk menonton "Dari Mata Turun ke Hati" setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam bermula 12 Ogos 2024 di sooka. Dengan langganan pelan Entertainment hanya RM11.99 sebulan, anda boleh menikmati pelbagai hiburan tempatan dan antarabangsa. Pilih pelan Premium, untuk pengalaman yang lebih baik di skrin yang lebih besar.

Ikuti kisah percintaan yang penuh romantik dan gelak tawa Ini dengan sooka. Muat turun dan daftar sekarang di sooka dan saksikan bagaimana cinta, harapan, dan pengorbanan bermain dalam kehidupan Jai Jerung dan Iris Sofea. Langgan sekarang!

Subscribe Today