![](https://cdn.prod.website-files.com/628c4cce524fb00cc0a25866/667be0338c0719f68df0f7b7_dedaun-hijau-di-angin-lalu-16x9.jpg)
Para peminat drama, sediakan tisu kerana drama terbaru yang diadaptasi dari novel Siti Rosmizah, "Dedaun Hijau Di Angin Lalu," kini boleh strim di sooka!
Drama inimembawa tagline "Hakikatnya, Aku Nekad" dan akan menemui anda dengan24 episod penuh emosi dan konflik. Diarah oleh Jamal Khan, drama ini menampilkan barisan pelakon-pelakon seperti Redza Rosli, Harissa Adlyn, AlezaShadan, Manan Sulaiman, dan Kahty Azean.
Sinopsis Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Intan (Harissa Adlyn Halim) dibesarkan dalam suasana penuh cabaran di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya dan dia dipandang hina oleh penduduk kampung kerana dianggap anak luar nikah. Namun, Intan tetap tabah dan berusaha untuk menjadi seorang yang berpekerti mulia.
Assad (dilakonkan oleh Redza Rosli) pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Walaupun mempunyai kehidupan yang selesa, Assad sering berhadapan dengan tipu daya yang menyebabkan dia sukar mempercayai orang lain dan bersikap sinis.
Takdir menemukan Intan dan Assad, namun pertemuan mereka dicemari oleh fitnah. Mereka terpaksa berkahwin walaupun tanpa keikhlasan. Assad meragui ketulusan Intan dan menganggapnya hanya layak dilayan seperti orang gaji. Namun, Intan yang naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri sebaik mungkin.
Dalam keadaan yang penuh kekeliruan, musuh Assad cuba mengganggu kehidupan mereka. Intan terus menghadapi pelbagai rintangan yang menggugat kekuatannya. Adakah dia akan bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau adakah dia akan menyerah dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan sejauh manakah Assad mampu mempertahankan benteng keegoannya?
Di Mana Boleh Menyaksikan Drama Baru Siti Rosmizah?
Anda boleh menyaksikan drama "Dedaun Hijau Di Angin Lalu" dengan melanggan sooka. Dengan pelan Entertainment yang berharga hanya RM13.90++ sebulan tanpa kontrak,anda boleh menonton drama ini di mobile anda bila-bila masa dan di mana-mana saja. Jika anda ingin menikmati drama ini di skrin besar, anda boleh melanggan Pelan Premium. Anda boleh strim 4 episod percuma sekarang!
![](https://cdn.prod.website-files.com/628c4cce524fb01c1ca25862/65d44175313f9cf7eda46ac4_masked-singer.jpg)
Watak dan Pelakon Utama Drama Dedaun Hijau
- Harissa Adlyn Halim sebagai Intan Samad
- Redza Rosli sebagai Assad Effendi
- Kael Noah sebagai Ismadi
- Saidah Kamarudin sebagai Rubiah
- Faye Kusairi sebagai Jamaliah / Kak Lia
- Razman Mahayuddin sebagai Suratman
- Aleza Shadan sebagai Marina
- Esma Dainal sebagai Khairuddin
Langgan Pelan sooka hari ini.
Drama"Dedaun Hijau Di Angin Lalu" menjanjikan banyak emosi dan detik-detik yang menyentuh hati. Pastikan anda melanggan sooka hari ini dan nikmati setiap episod secara langsung. Jadi, tunggu apa lagi? Langgan sekarang dan rasai pengalaman drama terbaik dengan sooka!