
Bosan tunggu? Layan sooka First Access dulu!
sooka First Access memberi penonton akses eksklusif untuk drama terbaru kami sebelum dilancarkan kepada platform dan saluran yang lain.

SAKSIKAN DRAMA SEPI TANPA CINTA DI SOOKA
Selepas menerbitkan siri original pertama berjudul Love In Lockdown, kami kini kembali dengan drama adaptasi berjudul Sepi Tanpa Cinta yang akan menemui penonton bermula 8 April 2022 eksklusif hanya di sooka. Drama 20 episod ini merupakan adaptasi novel berjudul “Biarkan Sepi Berlalu” karya Damya Hanna dan kini diterbitkan oleh syarikat produksi Opera Klasik Sdn. Bhd. daripada pengarah tersohor Rashid Sibir.
Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam drama Sepi Tanpa Cinta ialah Nazim Othman, Yuna Rahim, Jiha Asham, Zulhelmy, Asyikin Zahid, Shiela Mambo, Fauziah Nawi, Fikri Bazli, Rosnah Mat Aris, Maria Farida, Zaidi Omar dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Sepi Tanpa Cinta
Drama Sepi Tanpa Cinta mengisahkan tentang Haziqah yang memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas.
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali!
Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung.
Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.
Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.